nak kuruskan badan ????

PANDUAN MENURUNKAN BERAT BADAN


Sebagai tindakan awal, anda perlu mengetahui dan mengenai punca dan bahaya kegemukan


Berat Badan Yang Unggul, Berat Badan Berlebihan Dan Kegemukan

(Obesiti)
Berat badan yang unggul =berat badan yang sesuai mengikut ketinggian tubuh. Ia boleh diukur dengan menggunakan indeks jisim tubuh (IJT) dan juga Ukur Lilit Pinggang (ULP)


Berat Badan Berlebihan dan Kegemukan (obesiti)=berat badan melebihi berat badan unggul. Ini disebabkan oleh pengumpulan lemak badan yang berlebihan.

Ia boleh meningkatkan risiko :

• Penyakit jantung
• Hipertensi ( Tekanan darah tinggi )
• Diabetes ( Kencing Manis )
• Penyakit sendi / belakang
• Gangguan pernafasan
• Kolesterol yang tinggi


Ia juga boleh mengakibatkan masalah lain seperti :


• Kanser
• Kurang kesuburan (wanita)
• Penyakit pundi hempedu
• Kelesuan
• Mudah mendapat kecederaan
• Cepat penat


Punca Kegemukan


Tenaga berlebihan yang tidak digunakan disimpan sebagai lemak dalam badan dan lama-kelamaan ia akan menyebabkan berat badan bertambah atau gemuk. Contohnya :-

- Makan berlebihan
- Kurang bersenam
- Gaya hidup yang tidak aktif


Sebahagian kecil kegemukan adalah disebabkan oleh faktor keturunan (genetik) atau penyakit endokrin

Punca Kegemukan


Tenaga berlebihan disimpan sebagai lemak

Faedah Berat Badan Unggul


- Mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang telah dinyatakan
- Rasa sihat
- Menambah keyakinan diri
- Senang bergerak
- Kelihatan segak dan menawan

1 ulasan:

  1. TAHNIAH SEMAKIN BANYAK MAKLUMAT YANGBOLEH KITA KONGSI

    BalasPadam