ZIKIR HARIAN


Jika kita ingat seseorang , belum tentu dia akan ingat kita....
Tapi jika kita ingat ALLAH , DIA sentiasa merahmati kita....

FAMILY DAY 2013 KUALA TERENGGANU ( MEMBENTUK KELUARGA ISLAM BERKUALITI )


        Keluarga adalah satu komponen yang terdiri daripada gabungan beberapa manusia yang mempunyai hak dan tanggungjawab bersama dalam menentukan halatuju dan kejayaan sesebuah keluarga. Ianya terbentuk daripada sepasang suami isteri (lelaki & perempuan) yang telah disatukan mengikut hukum syarak. Allah SWT telah berfirman di dalam surah ar-Ruum, 30:21 yang bermaksud: 
"dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

       Secara umumnya, boleh dikatakan bahawa keluarga Islam kini berhadapan dengan pelbagai masalah antaranya masalah akhlak, pendidikan dan pengukuhan minda, kedudukan ekonomi, sosiobudaya dan sebagainya. Kesilapan dan punca utama masalah-masalah ini adalah daripada sikap ketidakprihatinan ahli keluarga itu sendiri dalam membentuk sebuah keluarga Islam yang berkualiti.

 Masalah-masalah ini sebenarnya mencerminkan kepincangan pergaulan dan komunikasi dalam keluarga Islam sekaligus membentuk satu imej negatif pada pandangan masyarakat bukan Islam. Ia menjadi satu bentuk cabaran kepada keluarga Islam untuk menerapkan satu sistem yang mantap dan benar-benar mengikut hukum syarak bagi membentuk institusi keluarga Islam yang berkualiti.

Oleh yang demikian, selain daripada institusi keluarga itu sendiri, masyarakat juga berperanan untuk sama-sama membantu dalam usaha mengurangkan masalah akhlak, pendidikan, ekonomi, sosiobudaya dan sebagainya itu daripada terus merebak seterusnya membendung institusi keluarga daripada segala bahaya dan gejala buruk. Peranan masyarakat dalam melahirkan kecemerlangan ummah yang berkualiti ini meliputi :

1- mewujudkan keperibadian dan ketrampilan akhlak yang mulia
Sebuah ketamadunan akan runtuh sekiranya akhlak diabaikan. Dalam sejarah Islam boleh dilihat bagaimana Rasulullah SAW begitu menitikberatkan kepentingan akhlak mulia sejak awal tugas Baginda sebagai Rasul di Mekah. Baginda menyeru manusia berkata benar, memenuhi janji, bersikap baik terhadap jiran, menjauhi kejahatan, tidak menumpahkan darah orang yang tidak berdosa, tidak berbohong dan sebagainya. Oleh itu, ibadah dalam Islam bukan sekadar pengabdian kepada Allah SWT semata-mata tetapi harus menghasilkan nilai-nilai akhlak dan moral yang tinggi dalam kehidupan seorang manusia. Akhlak dapat dibahagikan kepada tiga iaitu akhlak manusia terhadap Allah, akhlak manusia terhadap alam sekitar dan akhlak manusia terhadap manusia. Akhlak manusia terhadap manusia pula dibahagikan kepada empat iaitu terhadap diri sendiri, keluarga, jiran dan masyarakat.
2- melaksanakan konsep amar makruf nahi mungkar
Allah SWT berfirman di dalam surah ali-'Imran, 3:104 yang bermaksud:
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah ( buruk & keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."
    
SEPERTI BIASA: USTAZ JEMPUTAN KALI INI BERASAL
 DARI KEMAMAN TERENGGANU
       Amalan amar makruf dan nahi mungkar ini sungguh penting hinggakan Islam menjadikan perlaksanaannya sebagai ukuran keimanan seseorang dalam kehidupan bermasyarakat. Seorang muslim yang mampu melaksanakan amalan ini dinilai sebagai seorang yang telah melakukan perjuangan (jihad). Sebaliknya seorang muslim yang bencikan kemungkaran tetapi hanya berdiam diri tetap dinilai sebagai Muslim yang lemah imannya.
3- mewujudkan suasana cintakan ilmu pengetahuan
     Ilmu adalah salah satu alat perubahan yang menggalakkan kesedaran untuk berubah daripada hidup dalam kegelapan kepada cahaya, tidak beramal kepada beramal, lemah kepada kuat atau mundur kepada maju. Ilmu juga akan mengangkat darjat satu-satu kaum daripada kehinaan kepada kemuliaan. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Mujaadalah, 58:11 yang bermaksud:
"...supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan."

4- menyuburkan perasaan belas kasihan
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud: " Sesiapa yang tidak bersifat belas kasihan terhadap sesama manusia dan semua makhluk Allah, maka ia tidak akan dikasihi oleh Allah SWT". Oleh itu, jelas sekali bahawa agama Islam ialah agama yang bersifat lemah lembut. Sifat belas kasihan dalam kehidupan manusia dimanifestasikan dalam bentuk kasih sayang orang dewasa terhadap anak-anak kecil, golongan muda yang sentiasa menghormati orang tua dan orang kaya sentiasa menghulur sedekah kepada si miskin kerana rasa simpati dan kasihannya. Itulah penghayatan sebenar kehidupan masyarakat penyayang atau "caring society".

MACAM INI RUPANYA BUAH BERANGAN
5- menanam sikap tolong-menolong
Sikap tolong-menolong merupakan asas kehidupan masyarakat Islam. Setiap anggota masyarakat wajib tolong-menolong di antara satu sama lain untuk mengelakkan bencana dan mencapai kepentingan bersama. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Maa'idah, 5:2 yang bermaksud:
"...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)".
6- menyuburkan sifat kekitaan dan jemaah
Sifat ini boleh disuburkan dengan memupuk kesedaran tentang keperluan masyarakat setempat serta mewujudkan saluran berkomunikasi di antara satu sama lain. Kewujudan saluran komunikasi ini akan menimbulkan kesedaran tentang kepentingan berjemaah. Tempat yang paling sesuai untuk melakukan amalan ini adalah seperti di masjid.
7- mempamerkan kepimpinan melalui teladan
Kepimpinan adalah satu aspek penting dalam menyempurnakan segala urusan. Oleh itu, pemimpin perlulah mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi 
seperti akhlak dan peribadi yang mulia, bertanggungjawab, tenang, tidak tamak dan bongkak, sanggup berkorban, berdisiplin dalam menghadapi cabaran dunia dan nafsu, menjauhkan diri daripada dosa serta memiliki sifat-sifat mulia. Pemimpin yang mempunyai ciri-ciri yang baik pasti menjadi ikutan orang yang dipimpin.

WALAUPUN PENAT TRADISI MEMBAKAR IKAN TETAP BERJALAN


MAKCIK LOSONG
GAMBAR TERAKHIR SEBELUM PULANG

SEMOGA ALLAH S.W.T MEMUDAHKAN
PERJALANAN PULANG  DENGAN SELAMAT
 
Oleh itu, bagi merealisasikan pembangunan keluarga Islam yang cemerlang bukanlah satu perkara yang mudah. Usaha ini memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak. Dengan adanya kesedaran semua pihak, insyaAllah pembentukan keluarga Islam yang berkualiti dapat direalisasikan dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

DOA & USAHA



Doa dan usaha itu amatlah penting..Tiadalah upaya kita untuk menentukan hidup kita di masa hadapan..Tapi sekurang-kurangnya kita mampu usaha untuk menjadi nsan yang baik..Usahlah putus asa jika tidak berjaya..Putus asa itu menjadikan kita seperti insan yang tidak beragama..Sentiasalah berdoa..Allah sebenarnya merindui luahan-luahan hambanya..yakinilah setiap apa yang ditentukan oleh-NYA adalah terbaik untuk diri kita...Insya'Allah...

HARAPAN


Aku mencari yang boleh memimpin BUKAN yg suka menuding,
Aku mencari yang pegang pada janji BUKAN yg suka berlari,
Aku mencari cinta yg hakiki BUKAN cinta yg buat aku susah hati...

Kerana Aku akan beri yang TERBAIK untuk dirimu yang berjaya membuka hatiku. Berjanjilah setiamu kerana agamaku.

HIMPUNAN TAZKIRAH KELUARGA



Tawakal Dan Usaha
Tawakal memerlukan usaha. Dalam Dalilul Falihin dinukilkan perkataan Imam Qusyairi yang bermaksud, “Ketahuilah tempat bagi tawakal ialah di hati. Adapun pergerakan zahir (iaitu usaha), ia tidak membatalkan tawakal yang di hati kerana si hamba telah meyakini bahawa apa yang akan berlaku adalah mengikut ketetapan Allah. Jika dipermudahkan usahanya maka ia berlaku dengan kehendak Allah demikianlah juga sebaliknya.”

Dalam berusaha hukum sebab musabab tidak boleh dilupakan. Mengikut Bukhari dan Muslim nabi menyimpan untuk keluarga baginda makanan untuk setahun. Dalam konteks yang sama, nabi telah menegur seorang arab badwi yang membiarkan untanya merayau-rayau dengan berkata, “Ikatlah ia dan kemudian hendaklah kamu bertawakal.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmizi. Demikian juga dalam aspek pengubatan. Apabila kita mendapat sakit kita disuruh berubat. Berhubung dengan ini Imam Tirmizi dan Ibn Majah meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, “Berubatlah wahai hamba Allah. Sesungguhnya Allah telah menjadikan penyakit dan ubat.”

Imam Al-Ghazali telah merumuskan konsep ini dalam kitab Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Tidaklah mengurangkan tawakal dengan mengunci rumah ketika keluar dari rumah atau ketika menambat unta (kenderaan), kerana kesemua ini dikenali sebagai sunah Allah.”

INGATLAH 4 INI BILA MANA KITA JATUH SAKIT...


Siapa yang suka jatuh sakit kan, walaupun bila kita jatuh sakit dan kita akan dapat cuti dan berehat di rumah tetapi bagi aku dan aku rasa sama je semua  orang lebih rela tak jatuh sakit dari berehat dirumah tetapi terpaksa menahan kesakitan...


Dan perlu kita ingat setiap penyakit yang Allah SWT timpakan kepada kita bukanlah satu penanaiyaan mahupun bala namun itu semua ujian untuk setiap hambaNya, dan setiap dugaan yang diturunkan kepada kita adalah sama dengan kemampuan kita, tiada lebih....
Apabila seorang hamba ALLAH jatuh sakit, ALLAH akan utuskan 4 orang maLaikat :

✦ MaLaikat pertama akan mengambiL seLera makanan.
✦ MaLaikat kedua akan mengambiL rezeki.
✦ MaLaikat ketiga akan mengambiL kecantikan wajah (muka pucat).
✦ MaLaikat ke-empat akan mengambiL dosanya.

ApabiLa sampai waktu yang ALLAH tetapkan untuk hamba-Nya supaya kembali sihat, ALLAH akan menyuruh maLaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi baLik apa yang diambiL oLeh mereka.. Tetapi ALLAH tidak menyuruh maLaikat keempat supaya memberi baLik dosa hamba-Nya tersebut. .

Semoga Allah SWT akan kembalikan kesihatan abah supaya beliau dapat terus beramal untuk mencari keredhaan daripada Allah SWT. 

RUMAHTANGGA DAN TEKANAN



Dalam menjalani hidup berumahtangga,memang banyak dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi. Hidup berumahtangga tidak seperti hidup bujang.Tambahan pula bila memiliki anak. Dugaan dan cabaran yang berterusan dalam tempoh yang lama semasa menjalani hidup berumahtangga mendedahkan kita kepada risiko tekanan mental. Bagaimanakah caranya untuk kita mengurangkan risiko tekanan mental ini?

Pertama : Muhasabah diri
Kedua : Terima kekurangan pasangan dan jangan setkan minda yang "kita nak dia jadi macam kita".
Ketiga : Bersabar dan cuba memahami
Keempat : Amalkan solat jemaah bersama (sekerapnya)
Kelima : Tunjukkan kasih tanpa mengharap "dia yang perlu tunjuk dulu"
Keenam : Sentiasa bermusyawarah apabila ada permasalah, keraguan biarpun kecil.
Ketujuh : Wasatiah dalam apa jua keadaan

Insya'allah....seandainya diamalkan ketujuh2 ini, risiko tekanan mental dapat dijauhi.. Amin..