Ramadhan


salam semoga Allah mencucuri rahmat-nya keatas seluruh keluarga kita dan seluruh ummah Muhammad SAW

Disini abang sekeluarga ingin menggambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al - Mubarak kepada Abah,Emak dan adik adik.
sempena kehadiran bulan yang mulia ini marilah kita sama sama menghayati istimewanya Ramadhan.Bulan Ramadhan yang mulia kembali lagi menjenguk kita. Inilah musim dimana amal ibadat dilakukan dengan penuh khusyuk dan keikhlasan akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah SWT.Ini juga musim dimana pintu pintu kebaikan dibuka seluas luasnya kepada sesiapa saja,kerana Ramadhan adalah bulan limpahan ganjaran pahala yang penuh dengan kebaikan.Inilah bulan dimana Allah SWT telah menurunka Al - Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan menjadi garis pemisah antara kebenaran dan kebatilan.Ramadhan awalnya adalah rahmat,pertengahan adalah keampunan dan penghujungnya adalah pelepasan dari azab api neraka.
Nabi Muhammad SAW menyatakan kelebihan bulan ini melalui hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah r.a Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : Apabila tiba bulan Ramadhan di buka pintu pintu syurga, maka tertutuolah pintu pintu neraka dan syaitan syaitan di belenggu. hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Apa yang dimaksudkan dalam hadis diatas dengan pintu pintu syurga di buka, pada bulan ini ialah tawaran ganjaran yang berlipat kali ganda bagi mereka yang beribadah sebagai galakan agar sentisa meningkatkan amalan mereka.Maksud pintu pintu neraka di tutup dan syaitan di belenggu adalah kerana naluri keinginan syahwat bgi mereka yang beriman akan berkurangan dan menyebabkan maksiat dikalangan mereka pun berkurangan kerana syaitan tidak mampu menghasut mereka.Ini menjadi pendinding dari di humban kedalam api neraka.....

1 ulasan:

  1. terima kasih kerana memberi sedikit catatan untuk rungan blog sabanibt4..
    harap blog ini sentiasa di kemaskini

    BalasPadam